Thursday, November 21, 2013

YANG MINJO NINEK








Kini sudah 2 tahun 11 bulan mak aku menjadi pengasuh sianak kecil ini yang bernama Amir Darwish a.k.a Amir rare.Kedatangnya dirumah ini secara tak langsung menjadi ahli keluarga baru buat kami sekeluarga.Ditambahkan pula abang dan kakaknya turut mak aku bela selepas pulang dari sekolah,yang kini abangnya berumur 8 tahun dan kakaknya 6 tahun.Yang dulunya rumah ini sunyi tapi kini  ia penuh dengan jeritan hilai tawa dan tangisan membuatkan kami sudah biasa dengan keadaan itu. Pelbagai kerenah lucu dan ragam yang mecuit hati dan tidak pernah kering gusi dibuatnya.
Amir umur 11 bulan
Comelnya...




Kalau diimbas kembali mak aku bela sibudak lincah ni pada usianya 3 bulan lagi,itu jam mak  takde buat apa-apa pun kat rumah lantas mak aku menyambar peluang menjadi pengasuh sibudak bertuah ni. Seperti kanak-kanak lain, pada uisa begini memang taksublah dengan kartun,permainan bagai. Tapi yang aku pelik, si budak Amir ni dia fanatik dengan Ultraman.Kartun lain dia tak berapa nak layan sangat tapi gan ultraman dia boleh layan tiap-tiap hari.Dia punya koleksi permainan ultraman xyah cakap la..berlambak kat rumah.. Makan ultraman, minum ultraman, tidur pun ultraman. Dialog dia lepas bangun dari tidur 'Amen..Amen..menn.Maksudnya dia nak layan ultraman lahtu.. 
Baru nak pandai belajar berjalan





Kononnya nak ambil gambar. Tapi mata dia tak lepas lepas pandang skrin tv. Hero hebat dia. Ultraman. Tapi sempat lagi buat peace.

Nak taknak aku payunglah sibudak bertuah ni kat youtube,lama kelamaan sampai aku sendiri pun dah lancar nama-nama ultraman dari zaman aku kanak-kanak hingga sekarang.haha..Memang tulah rutin wajib sibudak bertuah ni dari umur setahun sebelas bulan sehinggalah sekarang.


Mak ayah dia cakap si lincah ni selalu tidur lewat tapi sampai je rumah aku boleh pulak dia tidur dalam keadaan macam ni.Memang rare..


Apa yang aku perhatikan tiga beradik ni mental dia orang memang smart,dengan siadik perangainya macam tu kakak pula kalau bab bercakap memang super,silap-silap boleh jadi lawyer satu hari nanti dan abang pulak kuat membaca balik je dari sekolah apa keratan yang dia jumpa dia akan baca sampai terlelap.Semoga kelebihan yang ada pada mereka suatu hari nanti dapat menyinarkan syiar agama,bangsa dan tanahair.Dan aku juga mendoakan kesejahteraan keluarga ini bahagia dan sukses serta hubungan kekeluargaan kami ini sentiasa terjalin dunia dan akhirat.Amin.. 


Inilah keseluruhan keluarga Amir.

No comments:

Post a Comment