Tuesday, December 17, 2013


BIODATA
        SAIDINA HAMZAH BIN ABDUL MUTALIB






Nama                 :   Hamzah bin Abdul Mutalib Abdu Manaf
Keturunan        :   Bani Hasyim
Tarikh Lahir    :   570 sama tahun kelahiran Rasulullah
Tempat lahir    :   Mekah Al-Mukarramah
Jawatan              :   Panglima perang Rasulullah SAW,
                              pembawa panji tentera Islam
Hubungan        :   Bapa saudara Nabi sebelah bapa,
                            sepupu Nabi sebelah ibu dan saudara
                            sepenyusuan Nabi
Hobi                   :   Suka memanah dan memburu
Tarikh Wafat  :  Tahun ke-3 Hijrah
Kubur                 :  Makam Syuhada’ berdekatan Bukit Uhud
Gelaran              :  Singa Allah


PENGISLAMAN SAIDINA HAMZH

1.     Rasulullah SAW telah dihina dan dicerca oleh Abu Jahal
Safa secara keterlaluan
2.     Saidina Hamzah dapat tahu kejadian tersebut.
3.     Beliau sangat marah dan berjumpa Abu Jahal
4.     yang sedang duduk di Masjidil Haram bersama
5.     pemimpin lain.Terus memukul kepala Abu Jahal
6.     dengan busar pemanahnya hingga berlumuran darah.
7.     Kata-kata Saidina Hamzah bukti pengislamannya:
8.     “Siapakah yang berani menghalang dan mencabarku?
9.     Telah jelas  bahawa Muhammad itu Rasul Allah dan ajaran
10.   yang dibawanya adalah benar. Demi Allah, aku adalah
11.   pengikut Muhammad. Maka kalau berani, halanglah aku.”
12.   Pengislaman Saidina Hamzah menjadikan umat Islam
bertambah kuat dan dihormati
13.   Pemimpin tidak lagi melakukan penindasan sesuka hati
terhadap umat Islam.
14.   Sikap Saidina Hamzah sebenarnya didorong oleh perasaan
kasih dan cinta kepada Rasulullah SAW dan kebenaran yang
dibawa oleh Baginda.

PERIBADI SAIDINA HAMA

1.     Berasal daripada keluarga  bangsawan dan disegani masyarakat Arab. Beliau tetap menjaga tingkah laku
2.     Tidak penah terbabit dengan adat Jahiliah yang buruk seperti berjudi, berzina dan berfoya-foya
3.     Seorang yang cekal hati dan pantas bertindak menyebabkan Rasulullah memilihnya sebagai Panglima Perang     dalam Perang  Badar
4.     Pahlawan berani dan gagah perkasa.
5.     Terbukti apabila berani memukul Abu Jahal yang telah menghina Rasulullah
a.     Perang Badar-dicabar berlawan dengan dua orang tentera musyrikin
6.     dan berjaya membunuh kedua-duanya
a.     Perang Uhud-berjaya menewaskan ramai tentera Quraisy
7.     Kerana keberanianya,Rasulullah SAW telah memanggilnya “Singa Allah”






SUMBANGAN SAIDINA HAMZAH

1.     Melindungi Rasulullah SAW daripada ancaman musuh.
2.     Mengambil bahagian dalam setiap peperangan serta memainkan peranan penting bagi memastikan kemenangan tentera Islam.
3.     Ambil berat persaudaraan islam dan nyawa sendiri demi menegakkan Islam.
4.     Membantu perkembangan dakwah Islam dan menjadikan umat Islam dihormati dan diterima masyarakat Mekah.


SYAHIDNYA SAIDINA HAMZAH

1.      Gugur syahid di medan perang Uhud pada tahun ke-3 Hijrah.
2.     Dibunuh oleh ‘Wahsyi’ pelontar lembing atas arahan tuannya
Jubair bin Mut’im yang akan memerdekakannya.
3.     Lembing tepat mengenai perut beliau kerana baju besinya
telah terkoyak dan rebah syahid.
4.     Hindun binti Utbah telah membelah dada dan memamah
jantung Saidina Hamzah.
5.     Dikurniakan gelaran ’Saiyidus Syuhada’-Panglima
Sekalian Syuhada di syurga.


IKTIBAR

·         Sanggup berkorban demi kepentingan Islam.
·         Berani menegakkan kebenaran dan tidak takut
akan ancaman musuh.
·         Gigih berusaha untuk mencapai kejayaan dalam hidup.
·         Waspada dengan sebarang ancaman musuh.