Monday, October 14, 2013

Lemang Pelangai


Diwaktu mantai aidil adha begini mengingatkan aku kepada peniaga kecil tepi-tepi jalan disekitar Kuala Pilah,yang melakukan persiapan bagi menyediakan makanan kegemaran orang Nusantara iaitu LEMANG.Aku selaku anak jati Pelangai tidak melepaskan peluang keemasan merasai pengalaman bermakna ini sejak dari bangku sekolah lagi. Bagi aku dan rakan-rakan, pengalaman ini cukup kami banggakan kerana tidak semua mampu melakukan kerja-kerja yang memenatkan bagi menyiapkan makanan yang bernama LEMANG. Bukan nak cerita gebang, bukan ayat nak kembang la beb..tapi buku order boleh dikatakan penuh dengan list tempahan tiap kali musin perayaan.Tapi bahananya terasa kalau kita bakar lemang untuk segantang pulut inikan pula menyediakan tempahan untuk ratusan batang.

Selalunya seminggu sebelum hari mantai puasa lagi, kami secara berkumpulan mula memasuki kawasan kawasan hutan kecil yang berpontensi mempunyai buluh-buluh berkualiti. Aspek keselamatan adalah perkara utama yang perlu ada memasuki hutan ketika mengambil buluh.Kerana,  risiko untuk cedera ketika pemotongan, terlalu mudah. Kerja-kerja itu selalunya akan berlanjutan hingga 3 ke 4 hari kerana terpaksa mengumpul buluh secara pukal dengan mengunakan lori untuk gunaan sendiri dan juga dijual kepada peniaga-peniaga serta orang ramai yang ingin mengunakan buluh saja.Kerja-kerja mengambil buluh ini selalunya akan berterusan hingga seminggu sebelum hari raya aidil adha,dengan itu ia diambil peringkat-peringkat mengikut keperluan.Lokasi dirahsiakan..hehe.. 


Lokasi rahsia..

Kemudian buluh buluh tersebut dipotong kemas mengikut ruas-ruasnya lalu buluh-buluh tersebut dibersihkan pada bahagian luar dan dalam dengan menggunakan sabut, itu adalah perkara yang paling penting dilakukan!!,sebelum dimasukkan daun pisang, beras dan santan. Selepas itu, lemang pun di bakar.

Buluh sebelum dimasukkan daun pisang.


Selepas dimasukkan daun pisang, beras,santan dan resepi rahsia.



Lemang dibakar

Selalunya pembakaran lemang di rumah memakan masa yang agak lama lebih kurang 3 ke 4 jam. Tetapi bagi mereka yang berpengalaman, pembakaran lemang memakan  masa 2 setengah jam. Ia bergantung kepada jenis buluh dan pemilihan kayu-kayu yang sesuai untuk dibakar.Selalunya dalam masa sehari, kami mampu membakar lemang sebanyak lima pusingan berganti-ganti.Satu pusingan 2 setengah jam kalau 5 pusingan hampir 12 jam untuk dibakar pada waktu-waktu tertentu. Jenuh beb!!.. 

 Assistant Manager Adik
Chairman Lomang a.k.a Asu Lobai

Terkinyam beb!!..

Bagi pelanggan, keenakkan lemang yang dimakan tidaklah sama dengan usaha kami yang menyediakannya. Maka tidak hairanlah harganya mahal mengikut harga seiring zaman berzaman.Tapi kami yang sanggup berhujan panas menahan bahang kepanasan api rasa berbaloi setelah lemang yang dibuat habis terjual.
Sebagai anak muda, tradisi ini akan kami teruskan kerana ia menjana sumber pendapatan yang baik kepada segelintir penduduk kami disini terutama dimusim perayaan malah kami juga akan menjaga resepi rahsia nenek moyang kami yang menjadikan lemang Pelangai the best in d world!!!..beibehh..k cau..

                                            Kalau nak tau lomang tu sodap,
                                            Pandai menyukat bersulam selawat..

                                   

2 comments: